AGENDA

MB: Hari Wesak detik penting penganut perbaharui komitmen, ajaran Buddha

4 Mei 2023, 3:10 AM
MB: Hari Wesak detik penting penganut perbaharui komitmen, ajaran Buddha
MB: Hari Wesak detik penting penganut perbaharui komitmen, ajaran Buddha

SHAH ALAM, 4 MEI: Dato' Menteri Besar mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia dan khususnya di Selangor.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata perayaan tersebut adalah detik penting bagi penganutnya kerana melambangkan pencerahan atau ‘enlightenment’ serta pemergian Gautama Buddha.

"Wesak juga dikenali sebagai Buddha Jayanti dan Buddha Purnima di negara-negara lain yang menyambutnya, contohnya di India, Nepal, Mongolia dan Tibet.

"Saya difahamkan Wesak atau dalam Bahasa Sinhala Vesak berasal dari Bahasa Pali yang juga merujuk perkataan Sanskrit ‘Vaisakha’, iaitu nama yang digunakan untuk merujuk kepada bulan April-Mei di India.

"Secara amnya, penganut agama Buddha di negeri Selangor akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberi penghormatan kepada Gautama Buddha serta melafazkan Tisarana sebagai tanda memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran dan contoh Buddha," katanya di Facebook.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, beliau mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh komuniti Buddha di Selangor dan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619