AGENDA

TUDM, MetMalaysia laksana operasi pembenihan awan bermula hari ini

2 Mei 2023, 1:44 PM
TUDM, MetMalaysia laksana operasi pembenihan awan bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjalankan Operasi Pembenihan Awan di kawasan tadahan Empangan Teluk Bahang serta Empangan Teluk Air Itam di Pulau Pinang bermula hari ini.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi itu dijangka berlarutan hingga Khamis ini yang turut melibatkan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut TUDM, operasi yang bermula pada 11 pagi itu melibatkan penyediaan empat tangki bancuhan larutan garam dengan muatan 1,500 liter bagi setiap tangki.

"Setelah mengambil masa lebih kurang tiga jam penyediaan bancuhan, keempat-empat tangki ini dimasukkan ke dalam pesawat angkut C130H oleh anak kapal No 20 Skuadron,” menurut kenyatan itu.

Kenyataan itu menyebut pesawat angkut TUDM diterbangkan oleh Komander Pesawat Leftenan Kolonel Mohd Khairol Fadly Abu Bakar bersama dua juruterbang, lima anak kapal, empat kakitangan MetMalaysia dan seorang kakitangan Badan Kawal Selia Air yang berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada 2.45 petang.

"Semoga usaha bersepadu yang dilaksanakan dapat membantu usaha pembenihan awan bagi memulihkan bekalan air yang terjejas dan semakin menyusut di kawasan tadahan hujan,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619