AGENDA

MB anyam ketupat, buat lemang di rewang rumah terbuka Klang

30 Apr 2023, 6:00 AM
MB anyam ketupat, buat lemang di rewang rumah terbuka Klang
MB anyam ketupat, buat lemang di rewang rumah terbuka Klang
MB anyam ketupat, buat lemang di rewang rumah terbuka Klang

KLANG, 30 APRIL: Dato’ Menteri Besar menunjuk bakat menganyam ketupat pada program rewang sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Klang hari ini.

Datuk Seri Amirudin mengambil masa seminit lebih menyiapkan satu kelongsong ketupat sambil diperhati penduduk yang bergotong-royong memasak di Dewan Taman Seri Kerayong, Kapar.

Beliau turut membuat lemang dengan memasukkan beras pulut ke dalam buluh selain membuat menu tradisi Jawa iaitu lontong.

[caption id="attachment_579009" align="alignnone" width="733"] Isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Masdiana Muhamad bersama menyertai majlis rewang rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Penyayang Aidilfitri Daerah Klang di Dewan Taman Sri Kerayong pada 30 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu beliau diiringi isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad turut menyempurnakan penyembelihan seekor lembu untuk dijadikan juadah hidangan malam ini.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah akan berangkat ke majlis yang bermula dari 8 hingga 11 malam.

[caption id="attachment_579010" align="alignnone" width="872"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melapah lembu ketika majlis rewang rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Penyayang Aidilfitri Daerah Klang di Dewan Taman Sri Kerayong pada 30 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Program yang akan menjelajah ke setiap daerah seterusnya dianjurkan di Padang Taman Awam Hulu Bernam, Hulu Selangor pada 29 April.

Ia diteruskan pada 5 Mei di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat, tapak Pasar Malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Seterusnya Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei), Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) dan tapak Uptown Sri Gombak (14 Mei) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619