ADN

Parlimen Bangi anjur rumah terbuka Aidilfitri malam ini

30 Apr 2023, 4:46 AM
Parlimen Bangi anjur rumah terbuka Aidilfitri malam ini
Parlimen Bangi anjur rumah terbuka Aidilfitri malam ini

SHAH ALAM, 30 APRIL: Warga Bangi dijemput memeriahkan program 'piknik raya’ Parlimen Bangi di kompleks sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam ini.

Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan memaklumkan majlis berkenaan akan bermula dari jam 8 hingga 11 malam ini.

"Jemput hadir ke program 'piknik raya' Parlimen Bangi ada jamuan raya dan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

"Pengunjung juga digalakkan membawa tikar atau kerusi sendiri," katanya menerusi Facebook.

Malam ini juga, program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri akan diteruskan di Padang Taman Sri Kerayong, Kapar, Klang.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijadual berangkat ke majlis tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619