AGENDA

Wai Ching tawan Menara Spinnaker setinggi 170 meter di United Kingdom

29 Apr 2023, 9:13 AM
Wai Ching tawan Menara Spinnaker setinggi 170 meter di United Kingdom

KUALA LUMPUR, 29 APRIL: Pelari menara nombor satu negara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli cabaran menaiki anak tangga bangunan Menara Spinnaker setinggi 170 meter di Portsmouth, United Kingdom, Jumaat.

Lebih manis, Wai Ching melakukan larian 560 anak tangga dalam masa dua minit 18 saat (s) sekali gus menyamai rekod terdahulu yang dicatatkan oleh atlet tuan rumah, Marks Sims, pada 2017.

Pencapaian terbaru ini juga menandakan kemenangan ke-21 berturut-turut untuk Wai Ching dalam pertandingan larian menara sejak kemenangan pertamanya di One World Trade Center, New York, pada 5 Jun tahun lalu.

Ini juga merupakan pertandingan larian keempatnya di Eropah tahun ini selepas Bieg Na Szczyt (Rondo 1), Warsaw, Poland; Teletorni Trepijooks (Tallinn TV Tower), Tallinn, Estonia dan Subida Vertical Gran Bali Hotel (Gran Bali Hotel), Benidorm, Sepanyol.

“Sebaik sahaja melepasi garisan penamat, saya segera berlutut dan menarik nafas, kemudian bertanya kepada kru tentang catatan masa dan mereka memberitahu saya masa adalah 2:18s.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa catatan 2:18s masih boleh diatasi dan mungkin boleh mencapai masa bawah 2:10s dengan lebih banyak latihan ketahanan kelajuan yang disesuaikan untuk larian ini," kata atlet berusia 28 tahun itu menerusi catatannya di laman web rasminya. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619