AGENDA

Dua motosikal untuk pemenang video pendek rumah terbuka Aidilfitri

29 Apr 2023, 8:24 AM
Dua motosikal untuk pemenang video pendek rumah terbuka Aidilfitri
Dua motosikal untuk pemenang video pendek rumah terbuka Aidilfitri

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 29 APRIL: Dua motosikal SM Sport 110 akan menjadi milik pemenang pertandingan video pendek program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri.

Untuk menyertai pertandingan itu, orang ramai perlu menghasilkan video berdurasi tidak lebih 60 saat di mana-mana lokasi Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan video tersebut perlu dimuat naik di Instagram dan tag @gayatravel, @aksesmalaysia dan @mediaselangor.

"Jangan lupa sertakan tanda pagar #KitaSelangor, #KitaSelangorAidilfitri, #MalaysiaMadani, #GayaTravel, #MediaSelangor, #AksesMalaysia, #PMNS, #SUKSelangor, #TeamRayaSelangor dan #Selangor.

"Dua video paling kreatif dan menarik akan dipilih untuk memenangi dua motosikal tersebut," katanya menerusi Facebook.

Jelajah Kita Selangor Aidilfitri berlangsung di sembilan daerah bermula di Sepang malam tadi diikuti padang awam Hulu Bernam, Hulu Selangor hari ini dan Padang Taman Sri Kerayong, Klang (esok).

Rumah terbuka negeri juga berlangsung di Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei), tapak pasar malam Sungai Buloh, Petaling (6 Mei) dan Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat (7 Mei).

Program tersebut diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan padang awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain rumah terbuka, pengunjung juga boleh mengetahui pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang turut disediakan dan boleh dipohon segera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619