ADN

Lebih 30 permohonan skim bantuan sihat negeri DUN Rawang diluluskan

28 Apr 2023, 5:04 AM
Lebih 30 permohonan skim bantuan sihat negeri DUN Rawang diluluskan

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 28 APRIL: Lebih 30 daripada 60 permohonan Skim Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang diterima pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang tahun ini telah diluluskan Kerajaan Negeri.

ADN Rawang Chua Wei Kiat berkata kebanyakan pemohon merupakan penghidap strok dan pesakit yang menjalani dialisis buah pinggang.

Menurut beliau kesemua pemohon menerima bantuan tertakluk kepada keperluan dan kos rawatan serta jumlah yang diperuntukkan skim tersebut.

"Saya menyarankan penduduk Rawang berpendapatan bawah RM3,000 yang menghidap penyakit berisiko termasuk barah agar segera memohon Skim BSS.

"Selain BSS banyak lagi inisiatif lain disediakan untuk rakyat Selangor yang boleh dinikmati," katanya ketika dihubungi hari ini.

BSS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memberikan bantuan rawatan kesihatan bagi rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Antara bantuan yang disalurkan ialah rawatan bagi penyakit dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan lain-lain.

Permohonan skim BSS boleh dibuat melalui pautan http://bantuansihat.selangor.gov.my/

Dalam pada itu Wei Kiat memberitahu seorang pesakit barah, Shukor Ismail, 59, yang menetap di Jalan Kampung Tanjung, Sungai Choh, Rawang menerima bantuan skim BSS semalam.

"Pesakit menerima bantuan berupa katil hospital bernilai RM1,500.

"Sebelum ini pesakit juga menerima baucar Jom Shopping Raya dan barangan keperluan dapur," ujarnya yang menyampaikan bantuan tersebut bersama Ahli Majlis Zon 15 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Alice Choo di kediaman Shukor.

Alice turut menyampaikan bantuan wang tunai RM500.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619