AGENDA

Subvarian baharu Omicron cetus kebimbangan, merebak di AS

27 Apr 2023, 4:54 AM
Subvarian baharu Omicron cetus kebimbangan, merebak di AS

LOS ANGELES, 27 APRIL: Subvarian baharu Omicron kini merebak di Amerika Syarikat (AS) dan telah mencetuskan kebimbangan mengenai penularannya yang tinggi selain gejala baharunya.

Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai "arcturus", bertanggungjawab untuk 9.6 peratus kes Covid-19 semasa di negara ini, meningkat daripada 5.7 peratus minggu sebelumnya, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lapor Xinhua.

Subvarian Omicron XBB.1.5 kekal sebagai strain dominan di AS dan menyumbang 73.6 peratus daripada kes baharu Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menaikkan XBB.1.16 sebagai varian baharu yang perlu diberikan perhatian.

Strain baharu itu mula dikesan pada Januari dan sejak itu telah ditemukan di lebih 30 negara. WHO sedang memantau XBB.1.16, yang menyumbang kepada lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini di India.

Pakar memberi amaran bahawa peratusan XBB.1.16 dijangka meningkat di AS dalam beberapa minggu akan datang, yang berkemungkinan menjadi jenis koronavirus dominan seterusnya di negara itu.

XBB.1.16 mempunyai mutasi yang menjadikannya lebih mudah menular, lebih mudah dijangkiti, dengan peningkatan dikesan dalam kalangan kanak-kanak, menurut Neha Narula dari Stanford Health Care.

"Kita masih mengesan sakit tekak, batuk, demam, dengan mengesan simptom baharu yang menyaksikan lebih ramai pesakit kanak-kanak dan dewasa mengalami konjunktivitis atau lebih dikenali sebagai - mata merah jambu," kata Narula kepada CBS.

-BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619