AGENDA

Tindakan pantas LUAS kesan bau diesel berjaya elak henti tugas loji rawatan

27 Apr 2023, 3:55 AM
Tindakan pantas LUAS kesan bau diesel berjaya elak henti tugas loji rawatan
Tindakan pantas LUAS kesan bau diesel berjaya elak henti tugas loji rawatan

SHAH ALAM, 27 APRIL: Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau seakan diesel di Sungai Gong, Rawang semalam berjaya mengelak henti tugas loji rawatan air (LRA).

EXCO alam sekitar berkata siasatan segera menemukan sebuah jengkaut diletakkan dengan anggaran jarak 150 meter daripada sungai terbabit dan berhampiran sebuah premis kilang.

Menurut Hee Loy Sian, jentera bagi melaksana pemasangan tembok gabion untuk pengukuhan tebing sungai dijalankan tanpa kelulusan serta tidak mengikut piawaian kerja yang betul.

[caption id="attachment_564270" align="alignleft" width="299"] EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Hee Loy Sian ditemui pada program sambutan Hari Alam Sekitar 2022 peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Menara MPAJ, Pandan Indah pada 3 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Pelaksanaan kerja-kerja berkenaan daripada dalam sungai dan kaedahnya yang amat berisiko tinggi mengakibatkan pencemaran seperti tumpahan minyak.

“LUAS mengarahkan jentera dialihkan serta-merta daripada tebing sungai yang berpotensi menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada operasi LRA utama negeri iaitu LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2, dan SSP3,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah penyemburan menggunakan rawatan biologikal menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) juga dilakukan bagi mengelakkan sebarang kesan kepada Sungai Gong.

Loy Sian memaklumkan kertas siasatan turut dibuka bawah Seksyen 59 (1)(b) Enakmen LUAS 1999 berkenaan kesalahan menjalankan aktiviti kemasukan atau pelepasan bahan pencemar tanpa lesen LUAS.

“LUAS akan menjalankan tindakan susulan penguatkuasaan bagi pematuhan lesen lain yang berkaitan terhadap premis yang berkenaan,” katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619