AGENDA

Data peribadi 20 pelanggan AKPK dicuri penjenayah siber

26 Apr 2023, 2:30 PM
Data peribadi 20 pelanggan AKPK dicuri penjenayah siber

KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkata maklumat peribadi seperti nama serta nombor kad pengenalan MyKad kira-kira 20 pelanggannya didedah penjenayah siber di laman web atau sesawang gelap.

Dalam kenyataannya hari ini, AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.

“Kami bersedia dan menjangkakan perkara itu. Siasatan dengan pihak ketiga iaitu pakar keselamatan siber juga masih diteruskan.

“Adalah penting untuk menyatakan bahawa kesemua maklumat yang dicuri oleh penjenayah siber itu diperoleh menerusi aktiviti haram dan sehubungan itu semua (perbuatan) mengambil, menggunakan dan penyebarannya adalah satu kesalahan jenayah,” katanya.

AKPK juga menegaskan bahawa ia sedang bekerjasama erat dengan pihak berkuasa undang-undang dan pihak berwajib lain, termasuk Kementerian Komunikasi dan Digital serta CyberSecurity Malaysia dalam siasatan menyeluruh yang sedang dijalankan.

“Kita juga sedang berusaha untuk mengenal pasti maklumat yang telah diakses secara haram dan akan memaklumkan pelanggan yang terjejas,” katanya.

Pada masa sama, AKPK akan terus mengurangkan impak pencerobohan dan meneruskan jangkauan secara terus dan berkomunikasi dengan semua pelanggan.

“Kakitangan AKPK akan membantu pelanggan dengan memberi nasihat untuk menangani perkara berkaitan dengan pencerobohan itu. Kita juga secara berperingkat dalam proses menghidupkan semula sistem dan memaklumkan sebarang kemas kini rasmi sewajarnya,” katanya.

Pada 30 Mac lepas, AKPK bertindak menyahaktifkan beberapa sistem operasinya buat sementara waktu bagi mengelak sebarang risiko seterusnya selepas sistem teknologi maklumatnya diceroboh.

Pelanggan AKPK boleh menghubungi pusat panggilan khusus di nombor 03-26167766 atau https://www.akpk.org.my/branches untuk maklumat mengenai cawangan AKPK yang terdekat.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619