AGENDA

Tadika dua tingkat di Jalan Kebun Shah Alam musnah terbakar

26 Apr 2023, 7:49 AM
Tadika dua tingkat di Jalan Kebun Shah Alam musnah terbakar
Tadika dua tingkat di Jalan Kebun Shah Alam musnah terbakar

SHAH ALAM, 26 APRIL: Sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Kebun, Seksyen 30, di sini, sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.37 tengah hari dan sepasukan anggota dari empat balai bomba dikerah ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan bangunan kelas B sekolah Pasti dua tingkat. Ketika bomba sampai di lokasi, api merebak ke bangunan kedai dan rumah bersebelahan sekolah tersebut.

“Api berjaya dikawal pada kira-kira 50 minit kemudian dan proses pemadaman sedang dijalankan. Namun tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

[caption id="attachment_578454" align="aligncenter" width="700"] Sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam musnah dalam kebakaran pada 26 April 2023. Foto ihsan Bomba Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619