AGENDA

MB pelawa meriahkan rumah terbuka Selangor mulai Jumaat ini

24 Apr 2023, 4:24 AM
MB pelawa meriahkan rumah terbuka Selangor mulai Jumaat ini
MB pelawa meriahkan rumah terbuka Selangor mulai Jumaat ini

SHAH ALAM, 24 APRIL: Dato' Menteri Besar mempelawa seluruh penduduk memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri Selangor di sembilan daerah secara berperingkat mulai Jumaat ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata program Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri itu bermula di Sepang dan akan berakhir di Gombak pada 14 Mei (Ahad).

"Insya-Allah Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi yang dimulakan tahun lepas ini di semua sembilan daerah seluruh Selangor.

"Justeru, seluruh rakyat Selangor dijemput hadir dan memeriahkan sambutan Aidilfitri kali ini," katanya menerusi Facebook.

Amirudin menjelaskan tahun lalu program sama berjaya mencatat kehadiran mencecah 100,000 hingga 200,000 pengunjung di sembilan daerah.

Beliau berkata program itu lebih efektif dan mencapai matlamat apabila seluruh penduduk dapat merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri di daerah masing-masing.

"Selain rumah terbuka, pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai hebahan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang turut disedia dan boleh segara dipohon.

"Program dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan selaku pelaksana utama dan sokongan pejabat daerah serta agensi, program ini turut membantu peniaga dan usahawan makanan untuk bersama menyemarak dan memeriahkan sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri di daerah masing-masing," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619