AGENDA

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

23 Apr 2023, 11:29 AM
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Aliran trafik dilaporkan perlahan di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan kenderaan sempena hari kedua sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik bergerak perlahan arah selatan dari Nilai ke Seremban sehingga Senawang dan Ayer Keroh ke Jasin serta Bukit Gambir ke Pagoh.

“Trafik juga perlahan arah utara dari Senai ke Sedenak, Simpang Renggam ke Machap sehingga Ayer Hitam dan Hentian Yong Peng Utara ke Pagoh,” katanya.

LLM menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 turut sesak sebelum Tol Gombak menghala timur.

Trafik sebelum Tol Temerloh menghala keluar turut dilaporkan berdepan situasi sama iaitu kira-kira 700 meter dari Kilometer 139.2 sehingga Tol Chenor menghala timur susulan pertambahan kenderaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619