AGENDA

Jualan mega, baucar beli-belah antara inisiatif untuk rakyat sempena Aidilfitri

21 Apr 2023, 5:16 AM
Jualan mega, baucar beli-belah antara inisiatif untuk rakyat sempena Aidilfitri
Jualan mega, baucar beli-belah antara inisiatif untuk rakyat sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 21 APRIL: Istimewa sepanjang Ramadan dan bersempena Syawal, Kerajaan Selangor mengadakan Jualan Mega Ehsan Aidilfitri di 23 lokasi seluruh negeri.

Dato' Menteri Besar menerusi perkongsian di Facebook berkata subsidi khas disalurkan bagi memastikan program jualan murah pelbagai barangan asas itu memberi manfaat kepada rakyat.

"Selain itu, baucar Jom Shopping turut diagihkan kepada hampir 83,000 individu memerlukan di seluruh Selangor tanda keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Negeri.

"Dan akhir sekali, Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri buat penjawat awam Negeri Selangor, penggerak masyarakat dan jawatankuasa kampung, penggerak masjid seperti imam, bilal, siak dan nazir, guru-guru agama dan KAFA serta para penjawat awam persekutuan.

"Selangor untuk semua, Kita Selangor prihatin membela rakyat," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Pada 31 Mac, Amirudin mengumumkan insentif khas kewangan sebulan gaji kepada penjawat awam negeri.

Bantuan khas kewangan sebulan elaun turut diberikan kepada pemimpin masyarakat lantikan Kerajaan Negeri.

Turut menerima manfaat sebulan elaun ialah penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor.

Selain itu, penggerak masjid seperti nazir, imam, siak, bilal serta guru agama pula menerima insentif khas kewangan berjumlah RM500.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619