PBT

Hari tanpa kenderaan di Subang Jaya Mei ini dengan aktiviti menarik

19 Apr 2023, 3:42 AM
Hari tanpa kenderaan di Subang Jaya Mei ini dengan aktiviti menarik

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBPJ) kembali mengadakan program Selamat Pagi Subang Jaya - Hari Tanpa Kenderaan pada Mei depan dengan pelbagai aktiviti tambahan menarik untuk disertai orang ramai.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya berkata selepas berehat pada Ramadan, program tersebut diteruskan dengan beberapa acara seperti perlumbaan basikal Criterium, pasar Karloot dan pertandingan karaoke.

"Selain itu kita turut menganjurkan pertandingan bola keranjang Basket King Of The Street dan Street Soccer.

"Acara tambahan dibuat bagi menarik lebih ramai pengunjung turut serta dalam program yang kembali diadakan ini," kata Mohd Zulkurnain Che Ali pada Mesyuarat Penuh MBSJ kali ke-4 di bangunan MBSJ di sini semalam.

Beliau berkata, aktiviti lain seperti larian, berjalan serta berbasikal santai diadakan seperti biasa.

Lain-lain acara termasuk Pesta Sarapan, Kendera Saji Non Muslim, Pasar Eco Free, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi, aktiviti memanah, Rope Rappelling dan cabutan bertuah.

Program Selamat Pagi Subang Jaya - Hari Tanpa Kenderaan bulan depan akan berlangsung pada 7 Mei bertempat di perkarangan kompleks beli belah Aeon Big Subang Jaya dan Subang Parade.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619