AGENSI

2,511 kes denggi dicatatkan di kawasan MPKj sehingga 8 April

18 Apr 2023, 3:32 PM
2,511 kes denggi dicatatkan di kawasan MPKj sehingga 8 April

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sebanyak 2,511 kes denggi dicatatkan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dari Januari hingga 8 April lalu.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata jumlah itu hampir 70 peratus daripada kes yang dicatatkan di seluruh daerah Hulu Langat iaitu 3,618.

"Mengikut statistik, Hulu Langat mencatatkan kes denggi kedua tertinggi di Selangor iaitu 3,618 kes dan jumlah itu meningkat 56 peratus dalam tempoh sama tahun lalu yang mencatat 2,068 kes.

"Bagaimanapun untuk kedua-dua tahun tiada kematian dicatatkan," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat MPkj di Menara MPKj hari ini.

Najmuddin berkata 99 lokaliti dicatatkan berlaku kes denggi di pentadbiran MPKj dengan tiga lokaliti dikenal pasti sebagai hotspot masing-masing satu kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Sungai Ramal dan Balakong.

Katanya di DUN Kajang sahaja terdapat 25 lokaliti melibatkan sembilan zon iaitu 3, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 dan 22 (Taman Sungai Kantan).

"Kes terbaharu denggi yang direkodkan di MPKj ialah 165 kes iaitu antara 2 hingga 8 April lalu," katanya.

Untuk rekod di seluruh Selangor sebanyak 15,725 kes denggi dicatatkan dengan tiga kematian sehingga kini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619