PBT

MPKj baik pulih bumbung 18 unit rumah pangsa rosak dilanda ribut

18 Apr 2023, 5:43 AM
MPKj baik pulih bumbung 18 unit rumah pangsa rosak dilanda ribut

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 18 APRIL: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membaik pulih bumbung 18 unit rumah pangsa kos rendah yang rosak akibat ribut di Kajang Ahad lalu.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata 16 kediaman tersebut terletak di Jalan 6c/11, Bandar Baru Bangi manakala dua lagi di Bukit Mewah Fasa 6, Kajang Utama.

"Kerajaan Negeri telah mengarahkan MPKj untuk membantu kos baik pulih terlebih dahulu sebelum peruntukan diselaraskan Unit Bencana Setiausaha Kerajaan (SUK).

"Kita akan cuba selesaikan baik pulih bumbung tersebut sebelum Aidilfitri," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat MPKj di Menara MPKj hari ini.

Menurut Najmudin kejadian ribut itu turut merosakkan beberapa gerai bazar Ramadan di Taman Impian Ehsan dan Kajang Utama.

"Peniaga di kedua-dua bazar terlibat telah disantuni wakil rakyat Sungai Ramal Mazwan Johar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619