AGENDA

Argentina tuan rumah Piala Dunia B20 FIFA, kejohanan bermula 20 Mei

18 Apr 2023, 4:09 AM
Argentina tuan rumah Piala Dunia B20 FIFA, kejohanan bermula 20 Mei

GENEVA, 18 APRIL: Argentina akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 menggantikan Indonesia, lapor Xinhua memetik badan induk bola sepak dunia itu pada Isnin.

Biro Majlis FIFA mengesahkan keputusan itu selepas Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengemukakan bidaan susulan dan delegasi FIFA membuat pemeriksaan di negara Amerika Selatan itu minggu lepas.

Piala Dunia B-20 FIFA akan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun. Argentina pernah menjadi tuah rumah kejohanan yang sama pada 2001.

Undian rasmi Piala Dunia B20 FIFA akan berlangsung pada 21 April di ibu pejabat FIFA di Zurich.

Indonesia hilang hak menjadi tuan rumah kejohanan B20 selepas timbul bantahan di negara itu terhadap penyertaan pasukan Israel di kejohanan itu. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619