AGENDA

Selangor beri insentif RM20,000 untuk atlet negeri ke Sukan Para Asia 2023

17 Apr 2023, 7:10 AM
Selangor beri insentif RM20,000 untuk atlet negeri ke Sukan Para Asia 2023
Selangor beri insentif RM20,000 untuk atlet negeri ke Sukan Para Asia 2023

SHAH ALAM, 17 APRIL: Kerajaan Selangor memberi insentif RM20,000 kepada atlet kelainan upaya (OKU) negeri ini yang akan berentap pada Sukan Para Asia 2023 di Kemboja, Jun nanti.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata bantuan berkenaan akan disalur sebelum atlet terbabit berangkat ke Kemboja bagi menghadapi temasya berkenaan.

[caption id="attachment_575799" align="aligncenter" width="773"] EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media selepas majlis penyerahan insentif kemenangan kontinjen Negeri Selangor di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 7 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Insya-Allah kita akan lihat balik perkara berkaitan insentif sebab daripada segi struktur sukan para ia bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bukan Kerajaan Selangor.

“Tetapi Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor mengambil berat asalkan atlet itu anak Selangor yang bermain bagi peringkat negara. Apabila saya dapat maklumat ada dalam kalangan anak Selangor bermain di Sukan Para Asia nanti, maka kita akan sumbang (insentif),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Temasya Sukan Para Asean Kemboja 2023 akan berlangsung dari 3 hingga 12 Jun nanti.

Kontinjen negara berjaya memperoleh 17 pingat emas, 26 perak dan 25 pingat gangsa pada temasya Sukan Para Asia Jakarta/Palembang pada 2018.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619