AGENDA

Seberang Jaya alami IPU tidak sihat, catat trend menaik pagi ini

17 Apr 2023, 4:21 AM
Seberang Jaya alami IPU tidak sihat, catat trend menaik pagi ini

BUKIT MERTAJAM, 17 APRIL: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seberang Jaya di sini merekodkan bacaan tidak sihat manakala tiga lagi lokasi mencatatkan IPU sederhana.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU 151 di Seberang Jaya sehingga pukul 10 pagi ini dan ia juga menunjukkan kualiti udara di kawasan itu kekal merekodkan tidak sihat sejak pukul 9 malam semalam.

Menurut JAS, IPU di Seberang Jaya juga menunjukkan trend menaik sejak pagi ini iaitu 132 pada 7 pagi meningkat kepada 135 dan seterusnya 141 pada 9 pagi hari ini.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat ialah Minden (95), Seberang Perai (91) dan Balik Pulau (82).

IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata fenomena jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619