AGENSI

LZS tanggung kos perubatan bayi satu paru-paru, ada masalah selaput otak

17 Apr 2023, 4:08 AM
LZS tanggung kos perubatan bayi satu paru-paru, ada masalah selaput otak

SHAH ALAM, 17 APRIL: Seorang bayi yang mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk memiliki satu paru-paru dan buah pinggang dibantu Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu memaklumkan pihaknya akan menanggung keperluan perubatan bayi itu yang turut mengalami masalah berkaitan selaput otak.

“Bayi berkenaan juga mempunyai tulang rusuk terbentuk tidak normal dan masalah pembuangan najis,” katanya di Facebook.

Menurut LZS, pihaknya membuat lawatan selepas mendapat panggilan daripada ibu bayi berkenaan yang juga ibu tunggal kepada dua anak.

"Selain bantuan keperluan perubatan untuk bayi itu, sementara ibu ini dapat kerja tetap, kami akan bantu juga daripada segi sewa rumah serta keperluan mereka yang lain," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619