AGENDA

Lelaki cedera dipukul selepas tegur adik mengamuk, maki ibu

17 Apr 2023, 12:00 AM
Lelaki cedera dipukul selepas tegur adik mengamuk, maki ibu

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata dalam kejadian pada 4 pagi semalam di rumah mereka di Taman Bukit Angkasa di sini, mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di bahagian belakang badan, bahu kanan serta tangan kiri.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku selepas mangsa melihat suspek bertengkar dengan ibu mereka kerana isu lambat keluar dari bilik air.

"Mangsa yang berusia 24 tahun kemudian menegur adiknya yang dilihat mula mengamuk dan memaki hamun ibu mereka sebelum dipukul suspek dengan getah paip dan sebatang besi selain dicederakan dengan pisau.

“Suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan polis dan didapati mempunyai tiga rekod lampau di bawah kes jenayah serta Akta Dadah Berbahaya,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Turut dirampas senjata yang digunakan untuk mencederakan abangnya.

Amihizam berkata suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619