AGENDA

Kemuncak jualan mega Aidilfitri pada 20 April di Petaling Jaya

16 Apr 2023, 2:26 PM
Kemuncak jualan mega Aidilfitri pada 20 April di Petaling Jaya
Kemuncak jualan mega Aidilfitri pada 20 April di Petaling Jaya
Kemuncak jualan mega Aidilfitri pada 20 April di Petaling Jaya

SHAH ALAM, 16 APRIL: Kemuncak Jualan Mega Ehsan Aidilfitri akan diadakan secara besar-besaran bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) pada 20 April ini di Petaling Jaya.

Pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata jualan murah pelbagai jenis barangan itu melibatkan kuantiti besar termasuk penyertaan usahawan tani di bawah Fama.

[caption id="attachment_577139" align="alignleft" width="324"] Pengurus Kanan Pemasaran PKPS, Mohd Fazir Abdul Latif ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Pasar Muhibbah Setia Alam pada 16 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Mohd Fazir Abdul Latif, PKPS juga akan membawa kelainan dengan menawarkan produk dan hasil tani yang dibawa terus dari ladang di Selangor Fruit Valley (SFV).

“Kalau sebelum ini kita hanya bawa barangan asas sahaja, tetapi pada hari terakhir itu kita akan jual santan, sayur, dan buah-buahan yang dibawa dari SFV.

“Jika hari raya jatuh pada 22 April, maka kita akan anjakkan. Apa pun kita sudah bersedia dan semua maklumat akan dikemaskini di laman sosial kami,” katanya ketika ditemui di Pasar Muhibbah, Setia Alam  hari ini.

Sempena Aidilfitri, jualan mega dilaksanakan di 23 lokasi bermula semalam hingga Khamis depan.

Inisiatif tersebut menawarkan barangan asas seperti ayam sebanyak 36,700 ekor pada harga RM10 seekor, 12,000 papan telur (RM10 sepapan), 9,900 kampit beras (RM10), 6,100 botol minyak masak (RM25) dan 12,100 pek daging (RM10).

[caption id="attachment_577185" align="aligncenter" width="700"] Petugas PKPS Wan Abdul Hakim Wan Azmi membantu Peniaga Bukit Kerayong Hasnani Mohamad memasukan barangan yang dibelinya ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Pasar Muhibbah Setia Alam pada 16 April 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619