AGENDA

Jualan mega sempena Aidilfitri dijangka rekod nilai jualan RM1.3 juta

16 Apr 2023, 6:19 AM
Jualan mega sempena Aidilfitri dijangka rekod nilai jualan RM1.3 juta
Jualan mega sempena Aidilfitri dijangka rekod nilai jualan RM1.3 juta
Jualan mega sempena Aidilfitri dijangka rekod nilai jualan RM1.3 juta

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jualan Mega Ehsan Aidilfitri yang bermula semalam sehingga 20 April ini dijangka merekodkan nilai jualan sehingga RM1.3 juta.

Pengurus Kanan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata ia membabitkan nilai subsidi berjumlah RM380,000 dengan penjimatan 30 peratus untuk setiap barangan.

[caption id="attachment_577139" align="aligncenter" width="813"] Pengurus Kanan Pemasaran PKPS, Mohd Fazir Abdul Latif ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Pasar Muhibbah Setia Alam pada 16 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk seminggu ini, kita bawa kelainan dengan lebih banyak barangan murah dan tempoh jualan yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

“Kita jangka akan mengutip nilai jualan RM1.3 juta berikutan sambutan yang amat baik daripada rakyat,” kata Mohd Fazir Abdul Latif di Pasar Muhibbah, Setia Alam di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Fazir berkata jualan mega yang tamat pada jam 8 malam dijangka dihadiri kira-kira 2,500 penduduk sekitar.

Menurutnya, pengunjung mula hadir secara berperingkat pada jam 9 pagi selain turut dihiburkan dengan kumpulan muzik jalanan, Ekspres Busker.

“Istimewanya di sini, PKPS mempunyai sebuah gerai tetap yang menawarkan semua produk kita. Jadi, penduduk juga boleh mendapatkan produk kita pada bila-bila masa,” katanya.

[caption id="attachment_577140" align="aligncenter" width="733"] Orang ramai membeli ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Pasar Muhibbah Setia Alam pada 16 April 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Jualan murah Kerajaan Negeri menawarkan ayam pada harga RM10 seekor, telur (RM10 sepapan), beras 5 kilogram (kg) RM10), minyak masak 5 kg (RM25) dan daging (RM10).

Hari ini program sama turut berjalan di Dataran Niaga Siantan, Selayang Mutiara, dan tapak pasar malam Pandan Jaya, dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Manakala di Kilang Kopi, Banting; Masjid At-Taqwa, Taman Kota Cheras; Arena Square, Bukit Kapar; pusat operasi Fama Sabak Bernam, dan Masjid Al-Falah Taman Tun Teja, Rawang bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari.

Rumah Selangorku, Alam Budiman pula diadakan pada jam 10 pagi dan Dataran Eco Grandeur, Kuala Selangor pada jam 4 petang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619