SELANGOR

Sultan, Tengku Permaisuri berkenan ziarah Raja Perlis

15 Apr 2023, 2:41 PM
Sultan, Tengku Permaisuri berkenan ziarah Raja Perlis

SHAH ALAM, 15 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri berkenan berangkat menziarahi DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Perlis, Kuala Lumpur disambut DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah.

Turut mengiringi Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Syarif Panglima Perlis Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan.

Selangor Royal Office memaklumkan Raja Perlis selamat menjalani pembedahan baik pulih kaki dan buku lali kanan di Hospital Putrajaya pada 1 April lalu.

"Baginda berdua menzahirkan rasa gembira apabila diberitahu pembedahan DYMM Raja Perlis itu berjaya dan mendoakan agar Baginda akan segera sembuh," katanya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619