AGENSI

Jualan mega Aidilfitri lengkapi keperluan raya keluarga B40

15 Apr 2023, 1:10 PM
Jualan mega Aidilfitri lengkapi keperluan raya keluarga B40
Jualan mega Aidilfitri lengkapi keperluan raya keluarga B40
Jualan mega Aidilfitri lengkapi keperluan raya keluarga B40

SHAH ALAM, 15 APRIL: Jualan Mega Ehsan Aidilfitri yang bermula hari ini hingga Khamis depan melengkapkan keperluan raya keluarga berpendapatan rendah (B40).

Marjuni Marjan, 71, berkata harga ditawar pada program Kerajaan Negeri itu lebih murah berbanding pasaran sekali gus meringan beban perbelanjaan.

[caption id="attachment_577062" align="alignleft" width="344"] Marjuni Marjan[/caption]

“Harga sangat berbeza. Pakcik beli ayam, daging, telur dan minyak dengan harga RM55. Kalau tempat lain mungkin lebih tambah-tambah lagi nak raya. Harga mesti naik.

“Program ini perlu diadakan selalu terutama di kawasan bandar. Bukan semua berduit. Dekat sini ramai kerja biasa jadi kami perlu dibantu,” kata Pesara Majlis Bandar Raya Shah Alam pada program di Seksyen 24 di sini hari ini.

Kakitangan swasta, Norazlin Mat Zawawi, 45, pula berkata beliau bangga dengan inisiatif Kerajaan Selangor membantu rakyat ketika negara berdepan isu kenaikan barang.

[caption id="attachment_577061" align="alignright" width="344"] Norazlin Mat Zawawi[/caption]

“Tindakan ini sangat membantu kami. Banyak harga barang dapur sudah naik dan beri kesan. Bila beli di program ini, memang dapat berjimat.

“Hari ini kali kedua saya sertai jualan ehsan. Walaupun harga ditawar murah tetapi produk berkualiti dan segar,” katanya.

Hari ini program sama turut berjalan di pekarangan Masjid As-Syakirin, Jenderan Hilir; Pasar Tani Kelana Jaya, Pasar Tani Saujana Utama dan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Bernam dari 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Manakala di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar; Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat (Kuala Langat) dan Tapak Jalan Kantan (Patron) Bukit Sentosa bermula jam 8 pagi hingga 8 malam sementara Laman Niaga Usahawan KoHijrah Shah Alam (4 hingga 6 petang).

Program itu menyediakan bekalan ayam sebanyak 36,700 ekor pada harga RM10 seekor, 12,000 papan telur (RM10 sepapan), 9,900 kampit beras (RM10), 6,100 botol minyak masak (RM25) dan 12,100 pek daging (RM10).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619