AGENDA

Imam, siak, guru Kafa terima sumbangan khas RM600 Isnin ini

15 Apr 2023, 6:20 AM
Imam, siak, guru Kafa terima sumbangan khas RM600 Isnin ini

PUTRAJAYA, 15 AAPRIL: Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa ) serta takmir akan dibuat mulai Isnin ini (17 April), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menerusi kenyataan media hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.

Katanya, bantuan khas berkenaan adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari lepas.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini dapat memberi keceriaan kepada golongan ini dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika mengumumkan berita gembira itu dilaporkan berkata kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada 70,000 imam, siak, guru Kafa serta takmir yang membabitkan peruntukan lebih RM40 juta. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619