PBT

MBPJ belanja RM85 juta untuk khidmat kutipan sampah, pembersihan awam

15 Apr 2023, 12:40 AM
MBPJ belanja RM85 juta untuk khidmat kutipan sampah, pembersihan awam

PETALING JAYA, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membelanjakan sejumlah RM85 juta setahun bagi perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam.

Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya berkata kos perkhidmatan itu tidak pernah menurun dan semakin meningkat.

"10 tahun lepas kita belanja dalam RM60 juta. Tapi data terkini sudah mencecah RM85 juta.

"Angka (perbelanjaan) untuk kita menguruskan sampah itu tidak pernah menurun, ia menaik," kata Sharipah Marhaini Syed Ali ketika berucap merasmikan program Jalinan Kasih 3R PJKita MBPJ sempena Aidilfitri di PJ Eco Recycling Plaza di sini semalam.

Katanya, MBPJ melaksanakan inisiatif yang agresif dengan perancangan yang komprehensif selain sentiasa mengambil langkah terbaik untuk mengurangkan sampah.

"Semua pihak perlu mengamalkan kitar semula dan menjadikannya satu budaya. Ini juga menjadi cabaran buat MBPJ, namun kita memikirkan masa depan dan banyak lagi perlu diperbaiki ke arah mewujudkan budaya ini," katanya.

Sebanyak 11 keluarga menerima sumbangan barangan terpakai berupa pakaian dan perabot pada program Jalinan Kasih 3R PJKita MBPJ.

Sejak 2019, 20 keluarga daripada golongan miskin dan kurang berkemampuan (B40) menerima sumbangan berkaitan hasil daripada kutipan program Spring Cleaning pada setiap perayaan utama di Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619