ADN

DUN Bandar Utama agih lebih RM53,000 kepada masjid, surau laksana program imarah

14 Apr 2023, 7:36 AM
DUN Bandar Utama agih lebih RM53,000 kepada masjid, surau laksana program imarah
DUN Bandar Utama agih lebih RM53,000 kepada masjid, surau laksana program imarah

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 14 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menyumbang lebih RM53,000 kepada empat masjid dan lapan surau sempena Ramadan.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan tersebut bagi membantu masjid dan surau menjalankan program imarah serta pelbagai aktiviti lain.

"Saya berharap pengurusan masjid dan surau dapat memanfaatkan sumbangan ini untuk menganjurkan program yang memberi manfaat kepada kariah setempat.

"Pejabat DUN Bandar Utama bersedia menjalin kerjasama bagi memastikan program yang dianjur berjalan lancar bukan sahaja pada Ramadan tetapi pada bulan lain juga," katanya kepada Selangorkini

[caption id="attachment_576878" align="aligncenter" width="530"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin menyampaikan sumbangan kepada jawatankuasa Musolla Damai pada Majlis Nuzul Al-Quran di Musolla Damai, Pangsapuri Damai, Petaling Jaya pada 8 April 2023. Foto Faceboook Jamaliah Jamaluddin[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619