AGENSI

Mais agih 600 bekas bubur lambuk, hulur duit raya kepada anak yatim

14 Apr 2023, 3:32 AM
Mais agih 600 bekas bubur lambuk, hulur duit raya kepada anak yatim

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menganjurkan program gotong-royong memasak 600 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada empat rumah anak yatim sekitar Selangor.

Seramai 20 kakitangan Mais terlibat pada program yang dijalankan di rumah Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Klang.

"Kita masak dan agihkan 600 bekas bubur ini kepada empat rumah anak yatim dan juga masyarakat setempat," Kata Mais menerusi Facebook.

Agihan bubur dibuat kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia, Banting; Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting dan Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat (Rumah Penyayang Bestari, Banting).

Pada majlis sama, Mais juga turut menghulurkan duit raya kepada 125 anak yatim dengan peruntukan Baitulmal Mais berjumlah RM1,250 yang disampaikan Pengerusinya, Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Kita ingin menambahkan keceriaan anak-anak ini dalam menjalani ibadah puasa. Ini salah satu inisiatif Mais mengimarahkan Ramadan dan mengerat hubungan silaturahim disamping berkongsi rezeki bersama komuniti setempat dan penghuni rumah anak yatim," kata Mais lagi.

Turut hadir program berkenaan ialah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Prof. Madya Dr Haji Anhar Opir; Exco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato’ Mohamad Adib Husain; Setiausaha Mais, Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar dan Pengurus Besar Yide, Nur Mohd RazalI Abdullah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619