AGENDA

130 keluarga Flat Kelompok Camar terima bakul makanan, duit raya

14 Apr 2023, 12:50 AM
130 keluarga Flat Kelompok Camar terima bakul makanan, duit raya

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG, 14 APRIL: Sebanyak 100 keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan bakul makanan dalam Program Iftar Perdana dan Jalinan Ihsan Wahana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Flat Kelompok Camar, Kampung Tasek Permai di sini semalam.

Sumbangan bakul makanan yang mengandungi barangan dapur daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu disampaikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Ng Sze Han.

EXCO Kerajaan Tempatan itu turut menyampaikan duit duit raya berjumlah RM200 daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) kepada 30 lagi keluarga di flat berkenaan.

Dalam majlis sama, Sze Han turut menyampaikan cek bernilai RM10,000 daripada Pejabat DUN Teratai sebagai sebahagian kos untuk membaik pulih tangki air di flat tersebut yang bocor.

Sze Han kemudian meluangkan masa berbuka puasa dan beramah mesra dengan lebih 200 penduduk di flat berkenaan.

Hadir sama ialah Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal, Pegawai Penyelaras DUN Teratai Alice Tan dan penolongnya, Mohd. Firdaus Babh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619