AGENDA

3,024 anggota penggerak masjid terima bantuan Aidilfitri Kerajaan Negeri

13 Apr 2023, 5:10 AM
3,024 anggota penggerak masjid terima bantuan Aidilfitri Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 13 APRIL: Seramai 3,024 anggota penggerak masjid di 432 masjid seluruh Selangor menerima insentif khas Aidilfitri berjumlah RM2.3 juta daripada Kerajaan Negeri hari ini.

Dato’ Menteri Besar berkata anggota penggerak masjid yang terdiri daripada nazir, imam, siak dan bilal ini menerima RM500 menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari jumlah sama turut diberikan kepada 1,687 guru rakyat di sekolah rendah agama dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).

“Pemberian ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan dan tugasan yang dilakukan pentadbir masjid dan guru-guru rakyat.

“Mereka ini sentiasa memainkan peranan mengimarahkan masjid terutamanya ketika Ramadan, apatah lagi sebelum dan selepas bulan suci itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan insentif khas Aidilfitri di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Pada 31 Mac lalu, Amirudin mengumumkan Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor sebanyak sebulan gaji atau minima RM1,000 kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri.

Bantuan khas kewangan sebulan elaun turut diberikan kepada pemimpin masyarakat lantikan Kerajaan Negeri, selain RM500 kepada semua penggerak masjid dan guru Kafa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619