AGENDA

Operasi LRT, MRT dan monorel dilanjut hingga 1.30 pagi Sabtu ini

13 Apr 2023, 3:26 AM
Operasi LRT, MRT dan monorel dilanjut hingga 1.30 pagi Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menyambut Aidilfitri, beberapa stesen rel terpilih akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 1.30 pagi pada Sabtu (15 April) ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan stesen terlibat bagi Aliran Transit Ringan (LRT) laluan Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek manakala laluan LRT Kelana Jaya ialah Masjid Jamek dan KLCC.

Bagi laluan Monorel pula, melibatkan stesen Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit sementara Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang hanya di stesen Bukit Bintang.

Perkhidmatan bas perantara LRT 11 turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan susulan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang atau Sri Petaling.

“Stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619