AGENDA

Pearly-Thinaah pelbagaikan strategi buru pingat pada Kejohanan Badminton Asia

12 Apr 2023, 3:30 PM
Pearly-Thinaah pelbagaikan strategi buru pingat pada Kejohanan Badminton Asia

KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah akan mempelbagaikan strategi di atas gelanggang dalam usaha memburu pingat pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 yang bermula 25 April ini.

Pearly berkata kekurangan strategi untuk berentap di atas gelanggang ialah faktor utama gandingan berkenaan sukar mengekalkan prestasi cemerlang secara konsisten dalam mana-mana kejohanan.

“Saya rasa kita perlukan lebih banyak strategi, mungkin kita dahulu hanya mempunyai pelan A, pelan B, tetapi sekarang kita mahu mempunyai lebih banyak rancangan untuk mendahului pihak lawan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pearly turut mengakui kurangnya komunikasi antara beliau dengan pasangannya menjadi antara faktor mereka tidak mempersembahkan prestasi baik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, atlet berusia 23 tahun kelahiran Kedah itu memaklumkan telah menambah baik kekurangan berkenaan sepanjang latihannya sejak pulang daripada kejohanan di Eropah baru-baru ini.

BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 hingga 30 April ini.

Pada Apil tahun lepas, Pearly-Thinaah gagal mara ke separuh akhir selepas ditewaskan pasangan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-14, 19-21, 16-21 pada kejohanan BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619