AGENSI

PWB DUN Bukit Melawati gotong-royong masak tiga kawah bubur lambuk, agih kepada penduduk

12 Apr 2023, 2:30 PM
PWB DUN Bukit Melawati gotong-royong masak tiga kawah bubur lambuk, agih kepada penduduk
PWB DUN Bukit Melawati gotong-royong masak tiga kawah bubur lambuk, agih kepada penduduk

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 12 APRIL: Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor pada 8 April lalu.

Penyelianya R Manimala berkata seramai 25 petugas dari tiga institusi bergotong royong bagi menyediakan juadah tersebut.

"Seramai 25 petugas terlibat memasak tiga kawah bubur, kita anjurkan sebagai tradisi bulan Ramadan dan berkongsi kegembiraan sambutan Aidilfitri bersama penduduk," katanya.

[caption id="attachment_576534" align="aligncenter" width="811"] Ahli Dewan Negeri DUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (dua, kiri) bersama Penyelia PWB Bukit Kuching R Manimala (kanan) membantu memasak bubur lambuk ketika program Bubur Lambuk, Pimpinan Bersama Rakyat di Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor pada 8 April 2023. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

Jelasnya lagi, program itu turut mendapat kerjasama Wanita Keadilan Kampung Bukit Kuching, Majlis Pengurusan Ketua kampung Kampung Bukit Kuching dan Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri DUN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli merasmikan program yang diadakan di Surau Abdul Wahid dan turut meluangkan masa membantu petugas memasak bubur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619