PBT

MPS-Perkeso hulur dana, barangan keperluan harian bantu warga PPDK Kasih Templer Autisma

12 Apr 2023, 7:44 AM
MPS-Perkeso hulur dana, barangan keperluan harian bantu warga PPDK Kasih Templer Autisma
MPS-Perkeso hulur dana, barangan keperluan harian bantu warga PPDK Kasih Templer Autisma

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM 12 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyumbangkan barangan elektrik dan barangan keperluan harian kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kasih Templer Autisma di Taman Seri Melati, Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS berkata penyerahan sumbangan melalui program Ihya' Ramadan MPS itu dijalankan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Dalam majlis itu seramai 49 orang termasuk pelajar dan penjaga PPDK tersebut menerima baju raya dan duit raya RM50 setiap seorang daripada Yang Dipertua MPS Dato' Mohd Yazid Sairi.

"Wakil Perkeso turut menyumbangkan wang tunai RM3,000 kepada Pengerusi PPDK Kasih Templer Autism Dato' Saiful Bahri Abd Hadi," kata Ahmad Fauzi Ishak ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya sumbangan itu diharap dapat meringankan sedikit bebanan perbelanjaan yang ditanggung pihak pengurusan PPDK dan menggembirakan mereka.

[caption id="attachment_576526" align="aligncenter" width="915"] Wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial menyerahkan replika cek RM3,000 kepada Pengerusi PPDK Kasih Templer Autism Dato' Saiful Bahri Abd Hadi di Tamam Seri Melati, Selayang pada 9 April 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Selayang[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619