BERITA UTAMA

KDEBWM kutip sampah pukal sempena Aidilfitri, tingkat kekerapan di lokasi padat

12 Apr 2023, 6:04 AM
KDEBWM kutip sampah pukal sempena Aidilfitri, tingkat kekerapan di lokasi padat
KDEBWM kutip sampah pukal sempena Aidilfitri, tingkat kekerapan di lokasi padat

SHAH ALAM, 12 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) akan melaksanakan kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri ini.

Pengarah urusannya berkata KDEBWM akan memberikan fokus kepada kawasan majoriti penduduk yang merayakan perayaan tersebut.

[caption id="attachment_576482" align="alignleft" width="372"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika ditemu bual Media Selangor di pejabat KDEB, Shah Alam pada 27 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Terdapat dua kaedah operasi kutipan sampah pukal di musim perayaan iaitu kutipan rumah ke rumah atau pusat tong mengikut jadual dan membekalkan tong Roll On Roll Off (RORO) di kawasan tertentu.

“Bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti di Klang, Subang Jaya, Shah Alam, Selayang dan Sabak Bernam terdapat kira-kira 634 lokasi terlibat.

“Antara kawasan yang akan diberikan penumpuan adalah kawasan kampung seperti di Meru, Kampung Delek, Jalan Rantau Panjang, Kampung Melayu Subang serta kawasan lain,” kata Dato’ Ramli Mohd Tahir kepada Selangorkini.

Ramli berkata kekerapan kutipan sampah pukal sempena Aidilfitri akan beroperasi seperti biasa berdasarkan jadual berbeza mengikut zon kutipan di setiap PBT.

“Pihak KDEBWM sentiasa memberi fokus dan bersedia untuk menambah kekerapan kutipan pada bila-bila masa terutama di kawasan yang padat dengan penduduk yang akan meraikan Aidilfitri.

“Kekerapan kutipan rumah ke rumah disediakan seminggu sekali atau tiga kali seminggu bergantung kepada PBT.

“Bagi kutipan tong RORO pula, tarikan tong akan dilakukan jika tong tersebut telah penuh dan akan digantikan dengan tong yang kosong,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619