PBT

MBPJ libatkan NGO, persatuan penduduk dalam operasi tangkap anjing liar

11 Apr 2023, 11:50 PM
MBPJ libatkan NGO, persatuan penduduk dalam operasi tangkap anjing liar

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 12 APRIL:  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengajak wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk menyertai operasi menangkap anjing liar bagi memastikan proses itu lebih telus.

Unit Komunikasi Korporatnya berkata pihaknya juga menetapkan kakitangan yang menjalankan operasi tersebut perlu memakai kamera badan bagi merakam gambar operasi sebagai rekod untukpegawai atasan.

"Selain itu, bagi operasi berisiko tinggi ia akan dijalankan secara bersepadu dengan pihak polis bagi memastikan operasi penguatkuasaan dibuat secara telus.

“Ini antara syor penambahbaikan tatacara dan kaedah melaksanakan operasi menangkap anjing liar yang dibuat jawatankuasa siasatan dalaman MBPJ,” katanya menerusi kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan pihaknya akan mengenal pasti tahap risiko operasi sebelum menentukan kaedah penguatkuasaan yang akan dilaksanakan.

MBPJ berkata penambahbaikan itu susulan insiden kekasaran dan pergelutan melibatkan penguat kuasa dengan orang awam dalam operasi menangkap anjing liar dekat Taman Kanagapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya tular di media sosial pada 22 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, lelaki warga emas terbabit terkena batang rod menangkap anjing yang digunakan dalam operasi menyebabkan lelaki berkenaan membuat laporan polis mendakwa dikasari kakitangan MBPJ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619