ADN

DUN Permatang agih 2,480 pek bubur pelbagai jenis

11 Apr 2023, 10:38 AM
DUN Permatang agih 2,480 pek bubur pelbagai jenis
DUN Permatang agih 2,480 pek bubur pelbagai jenis

SHAH ALAM, 11 APRIL: Sebanyak 2,480 pek bubur pelbagai jenis diagih secara percuma kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang kelmarin sebagai juadah berbuka puasa.

Wakil rakyatnya berkata bubur kacang, bubur pulut hitam, bubur candil, bubur cha cha dan bubur lambuk turut diedar kepada petugas hadapan seperti polis, bomba serta kakitangan hospital berhampiran.

“Aneka bubur ini dimasak Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) melibatkan 11 kampung tradisi sempena program Mega Bubur Permatang di Dewan Orang Ramai, Kampung Seri Tiram Jaya.

[caption id="attachment_576402" align="aligncenter" width="768"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang Rozana Zainal Abidin bersama Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) memasak bubur sempena program Bubur Mega Permatang di Dewan Orang Ramai, Kampung Seri Tiram Jaya, Kuala Selangor pada 9 April 2023. Foto Rozana Zainal Abidin[/caption]

“Setiap kampung mengetengahkan bubur tersendiri. Kali ini kita menampilkan kelainan kerana mahu anak muda peka jenis bubur sekali gus tidak ketinggalan zaman,” kata Rozana Zainal Abidin.

Beliau berkata program bubur mega yang dianjur buat kali kedua juga landasan memperkukuh ukhuwah antara penduduk kampung.

“Saya seronok melihat mereka saling bantu-membantu untuk menyiapkan bubur hanya dalam tempoh dua jam, justeru saya mahu hubungan erat seperti ini kekal terjalin,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619