ADN

850 keluarga B40 di Dengkil terima baucar beli belah Aidilfitri

11 Apr 2023, 2:38 AM
850 keluarga B40 di Dengkil terima baucar beli belah Aidilfitri

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 850 keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menerima baucar Jom Shopping Aidilfitri dengan jumlah keseluruhan RM170,000.

Ketua Penyelarasnya Dato' Romli Ishak berkata penyerahan baucar dibuat secara berperingkat dengan fasa satu sudah diserahkan kepada 277 penerima.

"Selebihnya akan diserahkan dalam fasa dua pada 15 April ini bagi membolehkan penerima membuat persiapan awal Aidilfitri.

"Mudah-mudahan pemberian ini dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan dirasai mereka untuk menyediakan persiapan menyambut Aidilfitri sekeluarga," katanya kepada Selangorkini.

Romli berkata pihaknya turut menyerahkan bantuan Aidilfitri daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) kepada 10 penerima dengan setiap daripadanya menerima RM200.

Tahun ini seramai 37,250 keluarga kurang berkemampuan di Selangor menerima baucar beli-belah berjumlah RM200 sempena Aidilfitri, meliputi peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.45 juta.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16.48 juta bagi pemberian baucar terbabit menerusi Belanjawan Selangor 2023 dengan menaikkan kadar inisiatif kepada RM200 setiap keluarga berbanding RM100 sebelum ini.

Had pendapatan bulanan isi rumah turut ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan dan memanfaatkan 82,400 penerima di seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619