AGENDA

Salah guna kuasa, SPRM tahan dua wanita termasuk seorang penjawat awam

10 Apr 2023, 11:47 AM
Salah guna kuasa, SPRM tahan dua wanita termasuk seorang penjawat awam

KUALA TERENGGANU, 10 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua wanita termasuk seorang ketua pembantu tadbir di sebuah jabatan di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya dengan menyokong syarikat milik adik iparnya bagi mendapatkan beberapa perolehan pembekalan di jabatan tersebut.

Menurut sumber SPRM, kes salah guna kuasa itu dipercayai telah berlaku sejak 2019 dan melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan yang keseluruhannya mencecah kira-kira RM30,000.

Sumber berkata suspek pertama yang juga ketua pembantu tadbir berusia lingkungan 40-an ditahan pada 1.45 tengah hari manakala pemilik syarikat berusia lewat 30-an ditahan pada 2.10 petang di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619