AGENSI

Sumbangan legakan penduduk Sungai Tua, bantu bersiap sambut Aidilfitri

10 Apr 2023, 4:15 AM
Sumbangan legakan penduduk Sungai Tua, bantu bersiap sambut Aidilfitri
Sumbangan legakan penduduk Sungai Tua, bantu bersiap sambut Aidilfitri

OLEH SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 10 APRIL: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua gembira selepas menerima sumbangan Aidilfitri disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Seorang penduduk, Haris Fadzilah Salleh, 46, berkata sumbangan RM500 itu membantu dirinya membuat persiapan untuk keluarga bagi menyambut hari lebaran tahun ini.

"Lega dan sangat bersyukur, sebelum ini persiapan Aidilfitri hanya minima dan ala kadar sahaja.

"Bantuan ini meringankan sedikit beban dan paling penting dapat tambah persiapan anak-anak seperti baju raya, makanan dan perbelanjaan lain," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan.

[caption id="attachment_576188" align="alignleft" width="351"] Haris Fadzilah Salleh. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Hariz Fadzilah adalah seorang daripada 560 penerima yang mendapat sumbangan Aidilfitri bernilai RM280,000 disampaikan Amirudin di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua di sini semalam.

Sejumlah RM7 juta diperuntukkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk 1,500 penerima keseluruhan di Parlimen Gombak dan tiga DUN di bawahnya.

Seorang lagi penduduk, Zulkiflie Kamaruddin, 54, berkata sumbangan itu sangat membantu keluarga kurang berkemampuan sepertinya bagi menyambut Aidifitri.

"Terima kasih kepada Menteri Besar atas keprihatinannya, bantuan ini amat diperlukan dan berharap ia diteruskan sampai bila-bila," kata pekerja am itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619