AGENDA

Pengumuman tarikh 1 Syawal: Umat Islam diingat rujuk sumber rasmi

9 Apr 2023, 3:48 PM
Pengumuman tarikh 1 Syawal: Umat Islam diingat rujuk sumber rasmi

SHAH ALAM, 9 APRIL: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini untuk hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.

Beliau berharap masyarakat di negara ini tidak mudah percaya atau termakan dengan sebarang sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh itu.

“Pengumuman kita yang terpakai hanya yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja… jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp... kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu…

“ ...yang penting, rujuk yang rasmi, tak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati malam ini.

Terdahulu, Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kerana menganjurkan anugerah itu bagi mengiktiraf usahawan tempatan atas jasa yang disumbangkan kepada ekonomi negara.

“Insya-Allah, saya akan minta pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama lebih erat dengan Sidec untuk pastikan kita ada sinergi kerana kita ingin pastikan Selangor mampu menjadi contoh kepada negeri lain juga kepada kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi ekonomi digital,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619