AGENDA

Puspakom tawar periksa kenderaan percuma sempena Aidilfitri

9 Apr 2023, 6:24 AM
Puspakom tawar periksa kenderaan percuma sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 9 APRIL: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok hingga 20 April sebagai langkah memastikan keselamatan pemanduan pada Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan Puspakom di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari 8 pagi hingga 5 petang.

Beliau berkata Unit Pemeriksaan Bergerak juga ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web www.puspakom.com.my atau Facebook, Puspakom Sdn Bhd.

Menurut Mohammed Shukor pemeriksaan secara sukarela itu tertumpu kepada aspek keselamatan termasuk pemeriksaan brek, pelincir sisi, tayar, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap.

“Kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan komputer, yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619