AGENDA

MB hargai peruntukan persekutuan, pacu ekonomi kampung baharu Selangor

8 Apr 2023, 12:44 PM
MB hargai peruntukan persekutuan, pacu ekonomi kampung baharu Selangor

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Dato' Menteri Besar menyifatkan peruntukan RM5 juta daripada Kementerian Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada 77 kampung baharu di Selangor, semalam merupakan bonus buat negeri.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu dapat memacu pertumbuhan ekonomi dengan merangka pelbagai rancangan dan projek selain menambah baik infrastruktur serta mempromosi kampung baharu di negeri ini.

"Semalam menteri KPKT (Nga Kor Ming) turun ke festival ini dan mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada 77 kampung baharu di Selangor, terima kasih kerajaan persekutuan terhadap pemberian yang amat besar nilainya.

"Peruntukan ini akan dikendalikan oleh EXCO Pembangunan Kampung Baharu Yang Berhormat Ng Sze Han, beliau akan melihat kepentingan dan keutamaan yang harus diberikan kepada kampung baharu dengan jumlah yang disediakan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas melawat Festival Kampung Baharu Selangor di Pavilion Bukit Jalil di sini hari ini.

Turut hadir EXCO Pembangunan Kampung Baharu Ng Sze Han dan Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Festival tiga hari yang bermula semalam itu menyasarkan 10,000 pengunjung hadir memeriahkan program berkenaan.

Festival itu menampilkan pelbagai komponen pameran antaranya jenis perkampungan baharu di Selangor, sejarah kampung, hasil seni kraftangan penduduk kampung, forum dan persembahan bagi masyarakat menghayati pesona kampung baharu Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619