AGENDA

Dana tambahan RM35 juta perkasa komuniti PPR termasuk di Selangor

8 Apr 2023, 5:53 AM
Dana tambahan RM35 juta perkasa komuniti PPR termasuk di Selangor
Dana tambahan RM35 juta perkasa komuniti PPR termasuk di Selangor

SHAH ALAM, 8 APRIL: Perdana Menteri mengumum peruntukan tambahan RM35 juta bagi memperkasa komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor dan Kuala Lumpur.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dana program Komuniti Kita Untuk Kita (K2K) itu akan diagih kepada 12 perumahan yang mengalami masalah serius dan tenat.

“Untuk ini, kita telah pun bincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk percepat proses dan tidak ikut tender biasa yang panjang, sebaliknya tender terhad dalam tempoh tiga bulan sahaja.

[caption id="attachment_575875" align="alignnone" width="902"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) melakukan gimik pelancaran program Kita-Untuk-Kita (K2K) disaksikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 8 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Peruntukan tambahan ini akan memanfaat kira-kira 10 ke 12 PPR kategori bermasalah di Kuala Lumpur dan Selangor. Ia sudah diluluskan dan boleh digunakan dalam kadar segera mengikut keadaan rumah,” katanya.

Beliau berkata selepas majlis pelancaran K2K yang digerakkan Think City Sdn Bhd (Think City) di PPR Kampung Baru Hicom. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program K2K merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan daya huni perumahan awam.

Ia bertujuan memangkin sokongan terhadap komuniti perumahan awam dan pengurusan bangunan bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan fizikal melalui empat cabang kritikal seperti pemerkasaan komuniti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619