AGENDA

Dana pinjaman mikrokredit RM157 juta bantu warga kampung baru rancak ekonomi setempat

7 Apr 2023, 3:00 PM
Dana pinjaman mikrokredit RM157 juta bantu warga kampung baru rancak ekonomi setempat

SUBANG JAYA, 7 APRIL: Sejumlah RM157 juta disediakan Kerajaan sebagai dana pinjaman mikrokredit untuk warga kampung baru bagi merancakkan ekonomi setempat.

Menteri pembangunan kerajaan tempatan berkata pembiayaan dari RM5,000 hingga RM150,000 boleh dimohon selepas Aidilfitri melalui Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang bakal dilantik.

"Pinjaman mikrokredit itu boleh digunakan untuk membesarkan atau memulakan perniagaan, baik pulih rumah usang serta pelbagai lagi tujuan," kata Nga Kor Ming selepas merasmikan Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil, hari ini.

"Skim ini terbuka untuk semua warga kampung baru khususnya anak muda selain warga emas juga boleh memohon. Kadar faedahnya efektif serta jauh lebih rendah daripada bank iaitu 2.25 peratus."

Kor Ming berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan di kampung baru yang tiada rumah.

"Satu dana akan disediakan untuk mereka membina rumah, ini sebagai hadiah istimewa Kerajaan Perpaduan dan tanda keprihatinan kepada warga kampung baru," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619