AGENDA

Kontinjen Selangor SUKMA ke-20 terima insentif RM611,600

7 Apr 2023, 1:10 PM
Kontinjen Selangor SUKMA ke-20 terima insentif RM611,600
Kontinjen Selangor SUKMA ke-20 terima insentif RM611,600
Kontinjen Selangor SUKMA ke-20 terima insentif RM611,600

SHAH ALAM, 7 APRIL: Seramai 687 atlet, pegawai dan jurulatih kontinjen Selangor menerima insentif RM611,600 atas pencapaian temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 tahun lalu.

EXCO sukan berkata insentif itu sebagai tanda penghargaan kepada kontinjen negeri yang berjaya meraih tempat keempat dengan kutipan 32 pingat emas, 54 perak dan 45 gangsa.

[caption id="attachment_575799" align="aligncenter" width="751"] EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media selepas majlis penyerahan insentif kemenangan kontinjen Negeri Selangor di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 7 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kerajaan Negeri amat prihatin dengan segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh atlet, pegawai serta semua yang terlibat dalam kejohanan SUKMA 2022.

“Pencapaian memberansangkan atlet adalah hasil usaha Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) yang telah menggalakkan pembangunan sukan secara menyeluruh,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Kontinjen Selangor SUKMA ke-20 di Dewan Raja Muda Musa, di sini hari ini.

Khairuddin menambah, pasukan renang menjadi penerima insentif berpasukan tertinggi dengan jumlah RM126,900 apabila meraih sembilan pingat emas, 10 perak dan lapan gangsa.

[caption id="attachment_575800" align="aligncenter" width="721"] Atlet menembak Selangor Haritz Iklil Hessly Hafiz[/caption]

Menurutnya, atlet menembak Haritz Iklil Hessly Hafiz, 23, yang meraih empat pingat emas dengan tiga rekod kebangsaan pula menjadi penerima insentif individu tertinggi sebanyak RM24,000.

“Insentif bagi pingat emas adalah RM3,500 bagi atlet individu, RM2,500 seorang untuk pasukan yang kurang daripada lima ahli, dan RM1,500 seorang bagi pasukan melebihi lima anggota.

“Manakala bagi pemecah rekod kebangsaan akan menerima RM4,000 dan RM2,000 kepada pemecah rekod SUKMA,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619