AGENDA

Kerajaan peruntuk RM5 juta untuk pembangunan 77 kampung baru di Selangor

7 Apr 2023, 12:30 PM
Kerajaan peruntuk RM5 juta untuk pembangunan 77 kampung baru di Selangor

SUBANG JAYA, 7 APRIL: Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM5 juta untuk dana pembangunan 77 kampung baru di Selangor.

Menteri pembangunan kerajaan tempatan berkata pelbagai produk dari gugusan perkampungan itu boleh dijadikan produk pelancongan.

"Jadi saya umum kita bagi RM5 juta kepada Kerajaan Selangor sebagai dana pembangunan untuk 77 kampung baru. Kita lihat banyak produk (dari kampung baru) yang boleh dipromosi.

"Sebab itu dalam Belanjawan 2023 telah peruntuk RM104 juta untuk dana pelbagai program pembangunan kampung baru termasuk pengindahan dan mempromosikan pelancongan," kata Nga Kor Ming.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil, hari ini Kor Ming berkata kepelbagaian budaya dan kaum adalah keistimewaan dan kekuatan negara.

"Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan perpaduan dalam kepelbagaian adalah pendekatan yang sangat betul (untuk dipraktikkan). Salah satunya ditonjolkan dari kampung baru," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619