AGENDA

Negeri fokus enam inisiatif kesihatan awam, peruntuk RM65.6 juta

7 Apr 2023, 2:09 AM
Negeri fokus enam inisiatif kesihatan awam, peruntuk RM65.6 juta
Negeri fokus enam inisiatif kesihatan awam, peruntuk RM65.6 juta

SHAH ALAM, 7 APRIL: Kesihatan mental dan penuaan sihat bagi warga emas antara enam fokus inisiatif kesihatan awam Selangor tahun ini, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata Selangor meletakkan kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat sebagai salah satu teras tumpuan dasar dengan RM65.6 juta diperuntukkan untuk inisiatif itu.

“Aspek lain termasuk penyakit tidak berjangkit (jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang) serta penyakit berjangkit (denggi dan tibi).

"Selain itu, barah (payudara dan pangkal rahim bagi wanita manakala barah prostat dan usus bagi lelaki) serta nutrisi kanak-kanak,” katanya di Facebook sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia.

Dr Siti Mariah berkata kesemua inisiatif ini tidak termasuk pelbagai inisiatif lain seperti bantuan kewangan kesihatan kepada orang awam dan penjawat awam.

"Ia bagi memastikan penjagaan kesihatan yang baik dapat diakses oleh semua rakyat Selangor tanpa mengira latar belakang," katanya.

Mengenai Hari Kesihatan yang disambut di seluruh dunia pada 7 April setiap tahun, katanya, ia untuk menarik perhatian dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang isu kesihatan yang memberi kesan kepada kehidupan manusia.

"Hari Kesihatan Sedunia juga memberi ruang untuk komuniti setempat mengetahui tentang program kesihatan awam yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa kesihatan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619